Barangkali tidak ramai yang tau apakah sebabnya aku berkahwin lagi. Mungkin ramai yang membuat terkaan yang bukan bukan mengikut naluri rasa mereka. Itu tidak mengapa. Aku pun tidak peduli apa yang mereka fikirkan kerana aku tidak pernah pun bertanyakan mereka samasa aku ingin menikahinya.
Kehidupan rumah tangga bagi mereka yang sudah mengalaminya tentu lebih tau bahawa ia banyak pancaroba. Bersama dengan seorang teman yang akan sehidup semati dengan kita, bukan satu perkara yang mudah. Kata orang tua tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Tatkala dilanda badai, itulah masanya segala kebenaran akan terserlah. Apakah pengikat tali hubungan perkahwinan itu. Apakah ia berpaut pada kemewahan atau wang ringgit, atau pada paras rupa yang mengabui mata, atau kebijaksanaannya.
Manusia senantiasa berubah, kecuali perangai dan keinginannya. Yang cantik, melalui masa akan pudar, yang bijak pada ketikanya menjadi nyanyuk, dan kemewahan bisa hilang pada bila bila masa saja.
Berpaut pada perangai dan keinginan itulah punca aku berkahwin lagi. Hasratku hanya untuk mententeramkan hati. Memenuhi kekosongan yang tidak terliput dengan kasih yang ada. Ketenangan yang bisa membawa aku berjalan bersaingan kearah tuhan yang menciptakan aku dan dia, bersama sama menuju kejalan penamatnya. Itulah puncanya.
No comments:
Post a Comment