Aku masih ingat lagi kata kata orang bahawa rasullullah saw berpesan, andainya memilih pasangan, antara yang cantik, yang kaya dan yang berbudi atau berugama, pilihlah yang berugama. Pesanan ini adalah benar.
Bagaimana pun dalam bacaan bacaanku ada juga aku terlintas baca, iaitu sebaik baik pasangan adalah yang menenangkan jiwa apabila dipandang. Aku percaya ini tidak sahaja merujuk kepada paras rupa tetapi juga budinya.
Alangkah bertuahnya kalau mendapat pasangan sedemikian.
Hari ini, dalam dunia yang penuh cabaran, barangkali agak sukar untuk menerka siapa dan wataknya. Memang semula jadi manusia suka berpura pura dengan satu topeng. Maksudnya mereka seboleh yang dapat dilakukan akan mempamirkan tatalakunya yang terbaik dihadapan khalayak ramai, tapi apabila sesama mereka, tembelang wajah sebenarnya terbuka luas.
Orang begini adalah orang orang hipokrit atau orang yang bermuka muka. Tapi, barangkali, dengan kecetekan ilmu dan ugama, perkara sedemikian mungkin sudah tidak dipedulikan lagi.
No comments:
Post a Comment