MENARA BERKEMBAR PETRONAS

MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Simbol Malaysia.

Saturday, 17 December 2011

BECAUSE OF MY LOVE.

I was born in 1954, and I have lived in this world for a little more of half a century. Although, I wasn't born in a well to do family, but I have everything that I need as a child and as a man. But now my hair are silvery white and so are my beard and moustache. It means that I have grown old and at any time, sooner or later, my turn to meet the maker will arrive.

I love all of you, although sometimes I look like I'm not being fair to everyone but in my heart everyone is the same.

Although I work hard for my living and as well as for all of you, I didn't get the chance to become rich. I only have a few places for all of you to stay and share together. I wish I could give you more, but it is now only a dream that could never come true.

I dont ask for your sympathy or for all of you to trouble yourself to look after me, because i dont wish to burden any of you; because of the love I have for all of you. I know life is not easy, there are so many torns and bushes you have to struggle through, but I wish to give all of you something which I feel so valuable that money cannot buy, that is the way of the sufi. I hope you will treasure it, because it is the only way that i know that can help you to understand the life and be at peace with it, in rainy days or sunny.

I hope one day, you'll pass it down, to your kids, because it is a gift from our ancestors, from grandad to son and to grandson and so on.

One day, we will all gather again together, and i wish all of you to have a great life as i have had mine.

Thursday, 15 December 2011

MENGAPA AKU BERKAHWIN LAGI

Barangkali tidak ramai yang tau apakah sebabnya aku berkahwin lagi. Mungkin ramai yang membuat terkaan yang bukan bukan mengikut naluri rasa mereka. Itu tidak mengapa. Aku pun tidak peduli apa yang mereka fikirkan kerana aku tidak pernah pun bertanyakan mereka samasa aku ingin menikahinya.

Kehidupan rumah tangga bagi mereka yang sudah mengalaminya tentu lebih tau bahawa ia banyak pancaroba. Bersama dengan seorang teman yang akan sehidup semati dengan kita, bukan satu perkara yang mudah. Kata orang tua tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Tatkala dilanda badai, itulah masanya segala kebenaran akan terserlah. Apakah pengikat tali hubungan perkahwinan itu. Apakah ia berpaut pada kemewahan atau wang ringgit, atau pada paras rupa yang mengabui mata, atau kebijaksanaannya.

Manusia senantiasa berubah, kecuali perangai dan keinginannya. Yang cantik, melalui masa akan pudar, yang bijak pada ketikanya menjadi nyanyuk, dan kemewahan bisa hilang pada bila bila masa saja.

Berpaut pada perangai dan keinginan itulah punca aku berkahwin lagi. Hasratku hanya untuk mententeramkan hati. Memenuhi kekosongan yang tidak terliput dengan kasih yang ada. Ketenangan yang bisa membawa aku berjalan bersaingan kearah tuhan yang menciptakan aku dan dia, bersama sama menuju kejalan penamatnya. Itulah puncanya.

Monday, 12 December 2011

ANTARA WAJAH DAN BUDI.

Aku masih ingat lagi kata kata orang bahawa rasullullah saw berpesan, andainya memilih pasangan, antara yang cantik, yang kaya dan yang berbudi atau berugama, pilihlah yang berugama.  Pesanan ini adalah benar.

Bagaimana pun dalam bacaan bacaanku ada juga aku terlintas baca, iaitu sebaik baik pasangan adalah yang menenangkan jiwa apabila dipandang. Aku percaya ini tidak sahaja merujuk kepada paras rupa tetapi juga budinya.

Alangkah bertuahnya kalau mendapat pasangan sedemikian.

Hari ini, dalam dunia yang penuh cabaran, barangkali agak sukar untuk menerka siapa dan wataknya. Memang semula jadi manusia suka berpura pura dengan satu topeng. Maksudnya mereka seboleh yang dapat dilakukan akan mempamirkan tatalakunya yang terbaik dihadapan khalayak ramai, tapi apabila sesama mereka, tembelang wajah sebenarnya terbuka luas.

Orang begini adalah orang orang hipokrit atau orang yang bermuka muka. Tapi, barangkali, dengan kecetekan ilmu dan ugama, perkara sedemikian mungkin sudah tidak dipedulikan lagi.

Friday, 2 December 2011

ORANG ORANG YANG BENAR

Perasaan kasih dan sayang, tidak mungkin sesiapa juga yang tau, kerana ia tersemat dilubuk hati setiap individu. Mulut memang menyatakannya dengan mudah, tapi hati belum tentu. Tapi manusia itu pelbagai rupa dan sikapnya. Ada yang benar dimulut, tapi lain dihati; ada yang bohong dimulut, tapi benar dihati, dan ada yang benar dimulut dan benar dihati.

Orang yang benar dimulut tapi lain dihati, adalah merupakan orang yang khianat. Mereka mungkin menyampaikan cerita yang benar dengan harapan untuk memusnahkan orang lain. Barangkali cakapnya bernas, dan logis, petah hujahnya hanya untuk membawa kemusnahan kepada orang lain. Memberi nasihat yang tidak ikhlas, kerana sengaja berhajat untuk meruntuhkan orang. Misalnya, memberi hujah mengatakan seseorang itu cantik paras rupanya, yang sememangnya benar, sehingga melalaikan individu itu terus dalam kegilaan kecantikannya dan mengalpakan bahawa kecantikan itu hanya sementara dan ia akan luput, menjadikan ia terus hanyut dan hancur dalam kegilaan glamornya itu.

Orang yang berkata bohong, sedangkan hatinya benar, adalah pembohong sebenarnya. Mereka mungkin tau perkara yang sebenar, tapi ditutupi agar tidak ada yang mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Barangkali, niatnya untuk melindungi seseorang, dan barangkali niatnya untuk mengabui mata seseorang yang akhirnya membawa kemusnahan jua. Misalnya orang yang menyuruh orang menyeberangi sungai, yang katanya tidak dalam. Padahal ia tau, sungai itu dalam; harapannya barangkali agar seseorang bubuk dalam sungai tersebut.

Orang yang berkata benar sebagaimana dalam hatinya, adalah orang yang betul betul benar. Ia berkata persis dengan apa yang terdetik dihatinya.

Thursday, 1 December 2011

ANTARA JODOH DAN NAFSU

Sebentar tadi, aku berkesempatan bertemu teman teman lama, yang sama sama berjuang membariskan pasukan, bagi membelai kesempurnaan umat manusia. Mungkin aku dan juga sesiapa jua tidak pernah sempurna, tapi kewajipan manusia sebagai wali Allah dan khalifah dibuana ini, untuk meredas kehidupan itu harus berusaha kearah pencapaian kesempurnaan diri dan persekitarannya.

Kita itu, kita bercerita sepintas lalu apakah itu jodoh dan apakah itu nafsu. Satu perkara yang sukar juga untuk dihuraikan. Bagaimana pun dibenak, semua orang mungkin boleh membedakannya. Hanya sukar di definasikan secara khusus.

Aku akan mencuba menafsirkan mengikut apa yang terlintas dihati dan benakku. Begini:
Jodoh itu adalah urusan tuhan. Sebagaimana takdir yang telah dilakarkan untuk semua makhluk yang hidup didunia ini. Ia adalah satu pertemuan, yang berakhir untuk ketika itu bersama.

Dalam dunia Melayu, ia tidak terhad kepada pertemuan antara manusia dengan manusia, tapi juga manusia dengan persekitarannya dan manusia dengan makhluk makhluk lainnya. Seperti, manusia dengan batu cincinnya, juga ditafsirkan sebagai bertemu jodoh, atau manusia dengan binatang, juga dikatakan bertemu jodoh. Pokoknya disini, idealnya adalah pertemuan yang serasi untuk bersama.

Bagaimana pun dalam dunia hubungan antara manusia dengan manusia, ia tidak selalunya menemukan pasangan yang serasi. Ini kerana dunia manusia terlitup dengan pelbagai imaginasi dan tanggapan yang bisa mengelirukan. Seringkali, apabila ini terjadi, perpisahan mungkin berlaku, dan ia dinamakan pendek jodoh.

Kesimpulannya, jodoh itu adalah satu pertemuan samada yang diaturkan atau secara kebetulan, dengan diakhiri keserasian bersama.

Nafsu itu adalah satu keinginan yang terbit dari hati naluri yang telah semula jadi diizinkan tuhan pada setiap makhluknya.  Tidak seperti binatang, nafsu manusia ini, luas sekali. Keghairahan binatang kebiasaannya kepada satu pasangan, ia akan kekal bersamanya hingga akhir. Walau pun dikalangan binatang seperti ayam, mereka mengamalkan poligami. Scenarionya melibatkan satu bapak ayam dengan beberapa ekor ibu ayam, yang dijaga dan dikawal sepanjang masa.

Tanpa nafsu, dunia ini mungkin akan berhenti berputar. Atas kerana nafsu, manusia mendirikan pelbagai bangunan pencakar langit, atas nafsu manusia juga, mereka berlumba lumba menguasai alam semesti, udara, lautan, dan juga angkasa. Atas kehendak nafsu juga, manusia menjadi tamak mengumpulkan hartanya, dengan nafsu manusia mereka membiak dimuka bumi ini dan atas nafsu manusia juga, mereka mengabdikan dirinya kepada yang maha kuasa.

Oleh itu, nafsu adalah satu kehendak yang terbit dari naluri semula manusia. Dan ia terbahagi kepada dua. Nafsu yang jahat atau membawa kita jauh dari Allah, dinamakan fujur, yang semata mata berhaluan duniawi. Manakala nafsu yang baik, dinamakan taqwa, yang membawa kita hampir kepada Allah.

Nah bagaimana kita menafsirkan antara dua nafsu ini, kerana helaian pemisahnya sangat tipis, setipis sutera. Apakah orang orang yang bertaqwa tidak beristeri? atau tidak berharta? Tentu sekali tidak mungkin. Mereka juga beristeri, mereka juga punya harta, dan mereka juga mungkin punya segalanya. Bedanya, adalah keperluan itu dicapai hanya kerana Allah swt semata mata, bukan kerana syahwatnya. Keperluan untuk membimbing, keperluan untuk meningkatkan motivasi diri dan penetapan  keperluan ke jalan Allah. Diringkaskan saja, nafsu ini dilakukan untuk mencapai perjalanan yang lebih baik kejalan lurus Allah.

Siapakah yang menentukannya nafsu itu baik atau yang buruk? Jawapnya, diri kita sendiri. Kata kata nafsu adalah terletak pada sekeping daging yang dinamakan hati. Jika mungkar hatinya, maka mungkar juga nafsunya itu.

Wednesday, 30 November 2011

GOING SOLO

Last night, i called my mum and told her that i wished to go solo, i dont need anymore life partners. Because I dont find them helpful at all.. I feel like i stopped growing as an individual, and they just minding their own lives. It is so sad. My mum didn't like it. She told me not to do those things. It wouldn't be fair for them. I'm confused.

Monday, 28 November 2011

WHEN YOU HAVE NOTHING

I dont know about the rest of the world, but the world that i'm in, is so materialistic. I see that people will only look at you when you have something. It could be your wealth, your good look, the power that you have, or the connections. When you have nothing to give, i guess it is time for you to forget about all your wishes, except to work hard on getting it. Sweat yourself out to gain something or becoming somebody.

Sometimes, even when you work hard, the luck is not on your side, again you have to forget your wishes but not your dreams. Hard work without strategy is a work of a donkey, strategy without work is a work of a dreamer. Hard works plus strategies are the work of a man.