Dalam kehidupan manusia suka membanding, kerana itulah penilaian bagi menyatakan yang mana lebih baik dari yang satu lagi. Pemilihan pakaian umpamanya mereka akan membandingkan pakaian buatan dari negara Cina dengan yang datang dari Amerika, begitu juga dengan kereta, permainan, pendek kata apa saja yang boleh mereka memperbandingkan, mereka akan perbandingkan. Itulah tabii manusia.
Dalam bidang memperbandingkan, manusia tidak terhindar dari diperbandingkan. Kalau dalam urusan kerja ia dinamakan Penilaian Prestasi, kalau dalam bidang kecantikan, mereka namakan Ratu, pokoknya manusia juga tidak terlepas dari dibanding bandingkan.
Mungkin dalam urusan ini, aku juga tidak terlepas dari membuat perbandingan. Siapa antara mereka yang lebih baik. Tidak, ini bukan wadahnya. Biarlah yang baik dan yang buruk sama saja, kerana kedua duanya milikku. Mereka punya daya kekuatan tersendiri dan kelemahan tersendiri. Begitu juga aku. Mereka bukan untuk diperbandingkan.
No comments:
Post a Comment